4 JENIS KASTURI

4 JENIS KASTURI

Sunday, 12 June 2011



TERDAPAT 5 JENIS WANGIAN KASTURI
KASTURI AMBAR/SUSU
KASTURI HITAM
KASTURI  PUTIH
KASTURI KUNING
KASTURI ZAFARAN







KHASIAT DAN KELEBIHAN KASTURI KIJANG JANTAN

(Hadis Riwayat Muslim)menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.
Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (seperti kasturi)

Sejarah Kasturi
Kijang



Dalam riwayat lain disebutkan bahwa sewaktu Nabi Adam a.s. dan Hawa tergoda oleh Iblis, lalu memakan buah khuldi, maka terlepaslah semua pakaian syurga, dan kulit badan keduanya yang halus itu menjadi kasar dan yang tertinggal kulit syurga itu pada tubuh mereka berdua adalah warna kuku (antara merah dan putih).
Kemudian Hawa jatuh di Jedah, sedang Nabi Adam jatuh di bukit Sarindit di Pulau Sailan (Colombo) tiada berpakaian kecuali 4 helai daun yang dibawa dari syurga. Setelah didapatinya kulit kayu untuk menutupi dirinya, tiba-tiba datanglah 4 jenis hewan / serangga, yaitu :

1. Ulat / Kepompong datang menziarahi Nabi Adam a.s. lalu diberinya Ulat itu sehelai daun, lalu dimakan oleh Ulat tersebut, dan jika keluar kotoran dari perutnya jadilah sutera alam.

2. Lebah datang menziarahi Nabi Adam a.s. lalu diberinya sehelai daun. Maka tiada heran, setiap kotoran keluar dari perut Lebah jadilah madu yang menjadi obat utama bagi manusia.

3. Kijang datang menziarahi Nabi Adam a.s. lalu diberinya sehelai daun, setelah dimakannya jadilah segumpal daging yang berisi minyak wangi kasturi yang termahal terlepas dari punggung Kijang.

4. Ikan datang menziarahi Nabi Adam a.s. lalu diberinya sehelai daun yang terakhir, jadilah ‘ambar laut yang keluar dari perut ikan besar, warnanya putih seperti lilin, dan berkhasiat mengobati bermacam-macam penyakit.


“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi”
Namun begitu fadilat yang paling baik ialah hendaklah kita bersolat dengan mengamalkan berwangi-wangian kerana 70 kali lebih baik dari tidak memakai wangian, INSYAALLAH...



Anugerah
kijang jantan
Kasturi bertindak sebagai agen haruman selain dipercayai mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan tradisional. Ia merupakan entiti paling berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan.
BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.
Sekian lama merentangi latar zaman, waktu dan masyarakat, rahsia kehebatan kasturi terus diperkata. Hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya.
Ungkapan 'seharum kasturi' juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta dan juga bicara romantis.
Namun, sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini? Bagi yang keliru, kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi.
Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.
Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.
Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dimasak sehingga mengeluarkan pati minyak wangian kasturi kijang.
"Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama 7jam sehingga 9jam, jika disapukan pada baju yang pakai insyallah hampir seminggu masih ada lagi baunya
"Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan haiwan tertentu sahaja menghasilkannya,"
Dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.
"Bukan tikus yang macam kita jumpa di lorong dan longkang, tapi jenis tikus yang besar saiznya," terangnya segera tatkala melihat penulis mengerutkan dahi membayangkan haruman dikaitkan dengan makhluk yang gemar habitat kotor itu.
Apa yang dimaksudkan adalah rodensia besar seperti memerang iaitu tikus muskrat (Ondatra zibethicus). .



HARGA UNTUK PERNIAGA


20 BOTOL =RM120 BERSAMAAN 1 BOTOL RM6
POS CAJ RM10 .

 JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENJADI EJEN KAMI


WANGIAN SUNNAH ,WANGIAAN KESUKAAN NABI
BUKAN SEKADAR WANGIAN..



UNTUK KETERANGAN LANJUT
HUBUNGI:--
ARSHADI  019-476 5424
putera_hadizaini@yahoo.com.my
No 78 Lorong KTC 3/4,
Taman Techno City,
Kulim Hi Tech,
09000 Kulim, Kedah
HASHIMI 019-437 3316
SAB`OUN MASANI  017-5968872